Assalamu'alaykum semua~
Entri untuk kali ini saya nak berkongsi ilmu 'scan' kalau-kalau ada kedai atau perniagaan pakai pelaris. jom teruskan baca :
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Ihiksss~ Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas ye adik-adik (macam ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
hah, hati-hati adik-adik sekalian..sekarang ini, orang naik sikit orang tu pula dengki, macam-macam ragam dah manusia di Malaysia sekarang..tak boleh tengok orang bahagia daripada dia langsung. cuba dia kena, memang lah seronok buat kat orang, nanti dalam kubur kena tibai dengan Malaikat. na'uzubillah..jadi, hidup ini biarlah ikhlas dan redha, semua perkara ada hikmah so tidak salah kita tumpang gembira sekali if ada orang hebat atau lagi baik dari kita. Kita belajar lah bersyukur apa yang ada. nanti Allah ganti lagi baik, doa banyak-banyak ok?
p/s : sekadar gambo hiasang!
akhir kalam, selamat beramal uols~
wassalam
:)
No comments:
Post a Comment