Assalamu'alaykum semua :)
pernah tidak terfikir macam mana gaya Rasulullah kita menjaga pemakanan baginda? anda ingin tahu gaya Rasulullah bagaimana? betul? jom kita ikuti dan hidupkan sunnah dan cara baginda dalam pemakanan dalam hidup kita juga sekeliling kita!
Allah berfirman dalam surah al-Anbiya',"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Kajian mendapati air adalah komponen terbesar dalam semua makhluk hidup. Manusia sendiri dibentuk daripada 70% air. Inilah puncanya kekurangan air mengganggu keharmonian tubuh, dan seterusnya ini menjejaskan kesihatan manusia. Banyak penyakit berlaku disebabkan kekurangan air dan pengambilan air yang tidak sihat. haa..jangan lupe at least lepas solat fardhu dalam satu 5x tu 2 gelas air masak yang bersih ok adik-adik! :)
Bagi madu asli pula ia sebenarnya tidak mudah rosak. Bagi mengekalkan kualitinya, simpan madu didalam bekas kaca kedap udara dan pada suhu bilik. Selain itu, jauhkan ia daripada sinaran sang matahari dan lain-lain sinar yang boleh menjejaskan keasliannya. Dengan berbuat sedemikian rupa, daya antibiotik dan enzim yang ada didalamnya tidak mudah rosak. Apabila enzimnya rosak, maka apabila anda meminum madu tidak ada bezanya pun dengan minum air gula biasa dik..so elak kan ok?
and salah satu kegunaan madu adalahmerawat cirit-birit yang kronik. :)
Ramai orang mengamalkan diet yang tidak seimbang. Mereka memakan pelbagai jenis makanan hingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Pada masa yang sama, nutrien yang lain pula diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ini boleh menimbulkan masalah kesihatan! haa..jaga-jaga~
Aturlah pemakanan anda adik-adikku seperti yang berikut :
1. Sarapan - Makan makanan berkalori tinggi iaitu makanan yang membekalkan tenaga bagi melakukan perkerjaan.
2. Makan Tengah Hari - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan dan imbangkannya dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
3. Makan Malam - Kurangkan kuantiti makanan yang dimakan
tapi jangan tinggalkan makan malam jika anda tidak mahu dimakan usia, Nabi juga pesan makan lah sebiji kurma paling tidak pun makan malam aslkan jangan tinggalkan, ok? :)
Bagi meningkatkan kesihatan & menyembuhkan penyakit, kita perlu menjaga pemakanan kita. Makanan yang kita makan sewajarnya halalan toyyiban, mencukupi dan beraneka ragam. Namun begitu, bagi mengubati penyakit, penyusunan semula pemakanan tidak mencukupi. Ubat juga perlu diambil tetapi berubatlah dengan menggunakan kaedah, bahan dan cara yang halal yang telaj ditetapkan oleh Islam tercinta! :D
jadi akhir kata untuk entri ini trimas sudi baca!
selamat beramal anda semua
wassalam!
;)
No comments:
Post a Comment