5 January 2013

Travelogue : Mekah dan Madinah

Assalamualaikum Hi!

berdasarkan tajuk itu saya hendak berkongsi sikit lah pengalaman berada di bumi Tanah Suci pada April 2012 yang lalu. 
*lama kot, baru nak cerita..eleh*

sabar dulu kakak,brother..bru nk cerita pun memori disana lekat baik dalam ingatan ni tau even i have a short memory. *err*
haha..by the way, alhamdulillah kami sekeluarga juga atuk nenek and mak tok pun ada join sekali menunaikan umrah. Sangat meriah dan penuh syahdu berada disana. :'D

and bila saya balik Malaysia, ramai insan bertanya soalan  macam, "ole-ole takde ke mira? :D","dah sampaikan salam aku pada Rasulullah? :)" and soalan yang memang double mengarut sudahlah cepumas,"mira best tak pergi sana?" OK, takkan lah saya nak cakap tak best la panas lah boring lah and what so ever double mengong punye jawapan la kan. OF COURSE la BEST! tempat paling suci dalam dunia ini. so jangan tanya soalan macam itu pada orang yang baru balik dari Mekah and Madinah ye okayyy... Cakap pada mereka ini dengan ayat tatabahasa yang betul seperti, "Bestnye pergi sana, in shaa Allah aku nak pergi juga satu hari nanti, doakan aku kawan :D". Haa~ ini baru betul *angkat ibu jari*

so, berbalik pada perkongsian cerita Umrah saya, alhamdulillah saya ucapkan banyak kali pada Allah, sebab sangat tidak tersangka-sangka menjadi tetamu-Nya pada tahun 2012.  

here some picture i took at there :


bersama Mak dan Ayah dihadapan masjid Quba' at Madinah. Jika anda solat di Masjid ini walaupun solat sunat dhuha, pahalanya seperti pahala menunaikan umrah ;)


look Masjid Nabawi outside from my room window. cantikkan? senibina Masjid Nabawi sangat mengkagumkan saya. Engineer yang bina Masjid ini must be someone genius. *moga Allah berkati siapa pun mereka yang membina/menaik taraf Masjid Nabawi ini. ameen :D


ramaikan? ;) take a look those GATE! masha-Allah~



lihat tiang-tiang dalam masjid Nabawi yang cantik ini. setiap tiang ada air-cond ;)


ye kawan-kawan..disini ialah ruangan solat wanita ye. saya sangat teruja ramainya wanita berhijab disana disini disitu . hehe.. terasa kenal semuanya sebab semuanya umat Islam :') and disebalik kayu pemisah depan itu pula ruangan solat lelaki


ini pula adalah ladang kurma. terdapat pelbagai jenis kurma ada disini dan kurma kegemaran Nabi tercinta kita ialah Kurma Ajwa. Kurma ini ialah kurma paling mahal sekali. ;) dan air dalam gambar ialah air semula jadi yakni air bawah tanah dan terasa garam galiannya sangat tinggi! 


dibawah kubah hijau inilah makam Rasulullah dan juga sahabat tercinta baginda Abu Bakara r.a. dan Umar al-Khattab r.a. :')


ini ialah Masjid Bir Ali tempat kita hendak ber-miqat untuk melakukan umrah sebelum ke Mekah al-mukarramah. :)


masjid Tan'iem ialah tempat miqat bagi penduduk mekah yang hendak melakukan umrah. Masjid ini jugalah Saidatina 'Aisyah berm-miqat :')


pandangan Masjidil Haram dari bilik saya. :'D *mashaAllah*


Zam-zam Tower and the Kaabah :'( *Allah, i miss this place and madinah*


oh this is my mom, she tell me to snap her picture with Kaabah :')


and yang ini pula ladang UNTA ye! dan itu arab badawi yang ustaz-ustaz selalu gambarkan dengan kulit mereka yang hitam dan juga rambut kerinting and so on. Arab badawi tinggal diluar kawasan Mekah. mereka juga tinggal di kawasan-kawasan yang lapang supaya senang mereka ini menternak kambing dan unta :)


oh yes! here is the camel milk! eh susu unta banyak khasiat. Tahukah anda? susu unta perlu diminum sejurus selepas diperah dan masih berbuih-buih kerana pada masa itulah khasiatnya melipah ruah! haa..jangan ketawa tapi ini fakta ;)


Ini pula ialah Jabal Nur atau dalam BM nya Bukit Cahaya and memang fakta dan kena pada nama. Bukit ini sememangnya seperti bercahaya pada waktu malam! and plus, Nabi kita juga pernah berkhalwat yakni sentiasa bersendirian di Gua Hira' dan di gua inilah juga turunnya wahyu pertama buat kita umat baginda :') anda boleh google gua hira' untuk melihat gambar gua yang boleh meuatkan seramai 2 orang sahaja ini. DAN wangian baginda masih berbekas di gua itu! :'( *ya Allah*


pemandangan Mekah dari atas Jabal Nur pada waktu subuh :)


dan inilah tempat paling paling paling mustajab untuk berdoa wahai muslimin muslimat ye..pintu emas ini dipanggil Multazam. saya berpeluang sentuh walaupun sangat tinggi dan ramai *tengok diorg dalam gambar kat atas itu, takut tak? hehe* selepas ber-rugby dengan mak saya akhirnya sentuh pun jadilah. alhamdulillah. :D


haa..ini ialah Perkuburan al-Baqi' yang mana di Hari Pembalasan kelak, mereka yang berada disini akan bangkit selepas Rasulullah bangkit pada Hari itu, lihatlah, betapa simple nya kubur mereka hingga kita tidak tahu yang mana satu kubur para sahabat yang hebat pada zaman Rasulullah :') kalau nak dibandingkan kubur di Baqi' yang atasnya hanya ditandakan dengan batu kosong yang dibawahnya taman-taman syurga & kubur-kubur di Malaysia pula, cantik bagaikan gah begitu tapi dalamnya na'uzubillah :(


ada nampak itu Pancur emas cik adik? yes, dibawah pancur emas ini juga do mustajab adik-adik. pancur emas ini berada di kawasan hijir Ismail. kawasan yang ada lengkuk warna putih tepi Kaabah itulah tempatnya. :)


dibelakang professor datuk doktor Ir amira ini *muntah* ialah Bukit Uhud ye adik-adik..Tahukah anda? bahawa gigi geraham ahli neraka sebesar bukit Uhud! ha..jangan main-main, ini serius :( 
di bukit ini jugalah tempat berlakunya peperangan Uhud dalam sejarah islam yang kita ketahui :) dan di salah satu kawasan dibukit itu jugalah Rasulullah pernah patah gigi baginda akibat terjatuh demi memperjuangkan agama islam.. :((( 
*hah! apa pengorbanan korang?!*
p/s : abaikan tarikh senget dalam gambar itu ye ;)

ok lah, makin hari makin membesar dan juga boleh membezakan yang betul yang mana salah yang mana wajib yang mana haram kan..so at the end, jom hayati pengorbanan Nabi-nabi kita especially Rasulullah S.A.W. 
*siapa tak jawab selawat Nabi apabila nama Rasulullah disebut adalah orang paling bakhil didunia!*

terima kasih sudi baca entri ini.
wassalam~
;)

No comments: