Assalamualaikum Hi
sebenarnya nak cerita bukit uhud dan bukit pemanah. tapi takpelah dah tersasur upload gambar lain la. ehem! back to the story of my umrah ya semua ya.. sambungan hari keempat and kelima. so, banyak jugak gambar nak tunjuk then continue lah. meh scroll ke bawah sikit..
jadi kawan-kawan, ini antara gambar-gambar pemandangan waktu malam dalam masjid Nabawi.
subhanallah! tantek angat en? gedik jeh. haha. cantik sangat malam-malam masjid Nabawi ni. terpesona sangat. :D
outside the masjid Nabawi. in front of the Gate Uthman. Sebenarnya kan, kamera tak boleh bawa masuk dalam masjid Nabawi for women only. men takpe. sedih tau. nak jeh cakap kat mak arab tu, y u said no camera to women while men it's okay! awat bahasa omputeh aku macam 9gag? ish. hasutan.
tapi sebenarnya memang perempuan banyak kes la kat sana. sampai macam-macam peraturan perempuan kena patuhi. ada bid'ah ada kes mencuri and so on on. sedih kan? hem. nak ziarah makam Nabi pun ada time nye. kamera handphone takleh bawa masuk dalam masjid. sedih tau dapat tau semua ni. sapa-sapa tolong pi belikan tissue PREMIER satu.
keluar masjid je..hah. ni.. godaan nombor sifar lepas keluar dari masjid. ya Allah, korang pergi sini, beli lah cepat2 kalau nak beli and lari tau kalau ada polis datang jenguk. sebab diorang akan lari lintang pukang beliung kalau polis datang sergah. haha. biasala, cari rezeki. mana ade pree. hee
suasana petang di madinah yang mana ketika itu sedang hujan. Allahu akbar..rahmat turun di Madinah untuk pertama kali pada tahun 2012 itu. terasa sangat rahmat. :) kat malaysia biasa je. kat sini macam fairytale tau hujan turun. hiperbola tak? hee. tapi hujan dia sakit sikit. macam jarum kalau kena kulit. hehe
so by tomorrow kami pergi melawat kilang pencetakan Al-Quran terbesar kat dunia yang boleh menghasilkan lebih sejuta naskhah Al-Quran dalam setahun!
mashaaa-Allah~ banyak tu jemah. daebak sungguh.
signboard kat kilang tu.
okay dah masuk takyah beratur. lepas masuk je ramai pulak la embak indon mai. (tengok kat cermin rak tu betul2) tengok telekung diorang dah boleh detect. haha. :)
comel kan pak arab ni. putih je. lembut pulak tu. orang Madinah semua baik-baik lembut-lembut. i wonder how was zaman Rasulullah dulu kan? :')
sorry. aku amek gambar Quran tu sebenarnya. bukan pak arab tu. tapi 2 in 1 lah. yang ni zoom sikit. haha. :3
tengok masa kami keluar nak pi tempat lain. orang ramai beratur. panjang sangat. alhamdulillah sangaaaat kami mai awal. hihi. kelebihan travel Ustaz Zawawi Yusoh ye..boleh masuk dalam list kalau nak pi umrah. pi dengan dia tau. banyaaaaaaak sangat ilmu dan tempat-tempat ziarah dan sejarah yang best.
ini nak tengok dalam kilang tu. tengok, orang laki je boleh masuk ni, perempuan kat kedai Quran tadi je. and laki kalau masuk depa bagi Quran free satu setiap sorang. kalau berumur dia bagi Quran besar sikit, muda kasi Quran kecil je. gaahhhh~ perempuan tak boleh masuk. sob. ada sesape tadi dah beli tissue PREMIER tadi?
now, kami pergi tempat dimana orang yahudi madinah berkampung masa zaman Rasulullah dulu. dia yang bernama Kaab ibn Asyraf ialah ketua orang yahudi disitu. seriously, dia ni sangat lah jahat. yahudi kan. Allah dah kata dalam Quran Allah laknat orang yahudi ni.
and here is dimana tempat dulu si kaab tu tinggal dengan isteri-isterinya dan pengikutnya. masih ada lagi ya telaga mereka guna.
dan ini rumah dia. nampak tu. bersejarah kan? kuasa Allah nak bagi pengajaran buat kita umat akhir zaman. tapi tak boleh masuk tempat ni. polis madinah larang sebab takut ada buat perkara2 bid'ah atau perkara2 yang boleh melanggar hukum hakam islam.
next is Jabal Burqan, means bukit terbakar. salah satu tanda-tanda kiamat. kenapa?
bila bukit ini terbakar, maka hampirlah kiamat berdasarkan hadis baginda mengenai bukit di hujung madinah akan terbakar suatu ketika maka kiamat sedang menghampiri. bukit ini terbakar kira-kira 150 tahun dahulu.
batu-batu bukit ini ringan je. macam pegang bulu pelepah burung. ringannya subhanallah.
peringatan untuk diri ini khususnya dan semua. kiamat sedang menghampiri, dunia kian dikejari, ajal menjengah setiap hari, manusia semakin lalai. jom baca perkara yang menaikkan iman. promote tumblr jap. boleh tengok gambar2 islami best kat tumblr ku. haha.
then seterusnya kami singgah masjid Qiblatain. means masjid 2 Qiblat. :)
ini antara gambar-gambar luar masjid ini. putih je. :)
apa sejarah masjid ini? okay, dulu qiblat pertama kita ialah Masjidil al-Aqsa di Palestin tu. satu hari baginda Rasulullah solat di masjid ini dengan para sahabat semuanya. maaf tak ingat waktu bila baginda dan sahabat-sahabat solat tapi
masa tu tahiyyat akhir. masa nak bagi salam, baginda telah didatangi oleh malaikat Jibril a.s. dengan membawa wahyu perintah dari Allah qiblat tukar ke arah masjidil Haram di Mekah sekarang.
baginda lantas tukar posisinya 180 darjah ke belakang. sahabat semua pelik dan semua ikut baginda tanpa banyak soal. usai solat, barulah sahabat tanya kenapa tukar qiblat. baginda pun cerita kenapa.
sebenarnya, orang yahudi diorang punya 'qiblat' pun dekat masjidil al-Aqsa, tapi maha suci Allah, Allah tukar qiblat umat islam ke masjidil haram untuk membezakan kita dengan orang yahudi laknatullah. ini juga kerana orang yahudi mencerca baginda sebab ajaran yang Rasulullah bawa ini mempunyai qiblat yang sama dengan mereka.
wallahu'aklam. itulah ceritanya..kalau ada salah silap mohon betulkan. okayh? :)
sekian penceritaan malam ini. banyak kan gambar? rasanya entri ni lah paling panjang cerita. hehe. jadi, sampei jumpa lagi next entri. ilalliqa' maasalamah! end chapter 3 Madinah.
terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~
11 comments:
subhanallah.. semoga sy juga dpt jd tamu ALLAH
Cantiknya. Ya Allah. Moga ada kesempatan untuk sampai ke sana :')
Teringat masa pergi umrah 3 tahun lps..subhanallah... salam kenal, dari blog sheila ^_^
teringnnya.. doakan ayu jadi tetamu Allah mcm awak.. aamiinnn
zalina : inshaAllah ameen ya Allah. :)
Invisble Me : ameen ya Allah. semoga tercapai. :)
Nas : salam knl juga! :D teringat dan rindu kn? :')
Ayu : ameen ya Allah semoga dpt pergi ke sana semua~ :D
cantiknya pemandangan dalam Masjid Nabawi tu.. bila lea dapat sampai sini kan..
tenku butang : inshaAllah moga semua umat islam dpt ziarah tanah suci. ameen :D
Assalamualaikum . datangdari segmen yang sama :)
http://aineddihar.blogspot.com/2013/09/review-blog-20-wwwsheilashahfiekrymy.html
terberhenti lama kat sini . tertarik dengan entri madinah tu . kita baca . perempuan banyak peraturannya . pun ikut sedih . hm . .
selesai follow :)
Assalamualaikum . datang dari segmen yang sama . :)
http://aineddihar.blogspot.com/2013/09/review-blog-20-wwwsheilashahfiekrymy.html
terberhenti lama kat blog ni . tertarik dengan entri madinah tu . :')
kita baca banyak sangat peraturan untuk perempuan pun ikut sedih . dah la kita pun suka amek gambar hm . T.T
selesai follow awak :)
hee takpe inshaAllah ambil boleh tp hati2 sana mcm2 org ada. :)
hehe . baik awak :)
Post a Comment