1 September 2013

Antara Tanda-Tanda...

Assalamualaikum Hi

salam 1 september. (tiba-tiba) malam ni rasa segar nak update. before ni aku ade tweet nak update pasal 7 mata yang Allah cinta. kau tengok, aku tabur harapan palsu lagi. haha. tapi entri ni pun ilmiah juga. cuma lain tajuk sikit la. sikit je. lepas ni betul update pasal 7 mata tu. 



kurang guna sungguh aku ni. haha. -.- ok betul! lepas ni aku update. inshaAllah kalau umur panjang. hihi

jadinya, kembali kepada tajuk yang tersangkut tadi, antara tanda-tanda yang nak di-share ialah Tanda-Tanda Akhir Zaman.

berikut merupakan perkongsian Sheikh Nazrul Nasir tentang tanda-tanda itu :

  1. Solat dipandang remeh 
  2. Buat apa sahaja mengikut nafsu
  3. Mentakwimkan (memuiakan) orang kaya
  4. Zakat menjadi berat untuk bayar
  5. Cukai dikutip daripada rakyat dan dibahagikan kepada kroni
  6. Orang penipu dianggap benar. Orang benar dituduh penipu
  7. Akan bercakap golongan ruwaibidhah, orang yang bercakap sesuatu sedangkan dia bukan ahlinya
  8. Al-Quran akan hilang dan yang tinggal hanyalah tulisan
  9. Al-Quran dihias dengan emas. (buat hantaran dan lain2)
  10. Banyak umat Baginda yang lelaki menjadi gemuk
  11. Pemimpin dilantik daripada kalangan hamba
  12. Kanak-kanak beri khutbah
  13. Masjid dihias seperti gereja
  14. Mimbar ditinggikan
  15. Umat islam akan menjadi banyak tetapi saling membenci
  16. Mukmin ketika itu lebih hina daripada hamba
  17. Gay dan lesbian berleluasa
  18. Orang tua naik syahwat melihat kanak-kanak
  19. Pemimpin fasik dan menteri-menteri banyak buat jenayah
  20. Ada orang berbadan manusia tapi hati iblis. Dia tidak hormat pada orang tua dan tidak kasih pada kanak-kanak.
ada faham itu senarai? na'uzubillah half of the list dah banyak terjadi kan? hem. ramai orang baca benda macam ni akan jadi takut dan insaf UNTUK SEKETIKA SAHAJA. perasan tak? 



kita ni manusia, kena selalu ada orang ingatkan dan tegur anytime anywhere anyone because mati itu anytime. 



kan?

sekarang ni kan banyak aplikasi macam whatsapp, wechat, takpun paling common Facebook. cuba update selalu pasal benda macam ni. taklah kelalaian kelencongan.. tak gituh uolss? haha



inshaAllah umat islam pasti boleh. doa banyak-banyak pada Allah semoga tak menyimpang menyimpuh iman ni. mahal tau iman ni.. mana boleh beli kat market aci tepi jalan tu. dari lahir Allah dah bagi nikmat islam. syukur tak? alhamdulillah.



orang yang taknak berdoa malas berdoa Allah cop orang macam ni sombong. ya Allah! hang suka orang kata hang sombong? takkan. ni kan pula Allah SWT. Maha Agung Maha Kaya. kita apa ada. nak kua RM1 sedekah pun  terketaq-ketaq tangan. hem. sedikit ayat Al-Quran, here :


p/s: Klik gambo please untuk besarkan

ok done! sampai disini sahaja bicara kita malam ni. nantikan minggu hadapan dengan tajuk 7 mata yang dicintai Allah jam 10 malam hari isnin. 
(haha. aku bajet jadi pengacara lah khonon nyeh)

inshaAllah akan update tajuk tu. tapi bukan hari tu la. hahaha

terima kasih sudi baca entri ini,
wslkm~

3 comments:

Fais-SKA said...

ha3..nape xshare je 7 mata 2?? nk gak tahu..nk google mlas pula he3..nway nice sharing..tkot da dgn dunia skrg ni..hampir kesemua petanda2 tu berlaku skrg..harap Allah tlong tlong la hamba yg lemah ni

Miyaa said...

Hehe. InshaAllah. Byk2 doa. Nk share tapi nak hurai panjang. So bt entri lain lah. Hehe :)

Unknown said...

kebanyakan petanda tu dah banyak terjadi..xsabar nak tunggu 7 mata tu :)