Assalamualaikum Hi
ehem. maafkan saya kerana lambek update tentang umrah dan ziarah saya tahun lepas. hem. korang tengoklah aku, betapa gigih dan terhegeh-hegehnya aku update entri pergi negara lain kenz. hem hem.
so, berkenaan dengan tajuknya.. alhamdulillah, syukur segala puji hanya bagi Allah, aku dan family telah menjadi tetamu Allah pada April 2012. masa tu sangat bermakna buat diri banyak dosa ni.. hem.. aku tak sangka sangat dapat pergi.. sangat-sangat, memang hajat nak pergi tapi tak sangka weh pada usia 20 tahun aku hidup, aku dan family (mak, ayah, mak tok, nenek and atuk) telah dijemput menjadi tetamuNya pada tahun itu.
suasana depan Airport Antarabangsa Madinah. bukit sangat banyak dekat Tanah Arab ni.
okay, continue the story pless~ hari first kami berangkat dalam kul 10 semua dah kena ada kat KLIA untuk check-in luggage, diri sendiri and passport semua lah bagai nak check nya.
benda apalah sembang tu..kami happy sangat.hihi.
and so trip to Madinah-Mekah-Jeddah is brought to you by Itqan Travel handle by Ustaz Zawawi Yusoh . haha. ok mengarut. travel tour yang kami pilih ini sangat best dan inshaAllah berpatutan dengan harga seorang rm6000 and so on.
hotel kami di Madinah, Andalusia Hotel
BUT! korang jangan set mind, mahal laa.. hem takde murah lagi ke? pergi tanah suci pun nak berkira ka? toksah lah. hang tau dak hotel kat sana jauh dia macam mana dengan masjid? meh aku bagitau, before nak pergi sana benda ni korang kena prepare :
1. Jarak hotel dengan masjid
(sebab kalau boleh korang mesti nak solat 5 waktu kat masjid nabawi dan masjidil haram kan. Masjid Nabawi takpe hotel keliling banyak dan dekat, Masjidil Haram ni..dah buat pembesaran makin jauh lah hotel.)
2. tengok hang bawak sapa family ke kawan ke larat tak kalau dapat hotel yang jarak jauh sikit ni.
(berdasarkan hipotesis yang telah dilihat, semakin jauh hotel dengan masjid semakin murah trip itu. hehe)
3. pastikan ada muhrim ya, sebab pak arab sudah membuat syarat baru untuk buat umrah dan haji sekarang ini
4. prepare barang seperti ubat-ubatan, lipbalm (bibir kering), losyen (kulit kering, tumit kering) and so on barang2 umrah.
5. duit secukupnya.
(hangpa tau tak banyak godaan keliling masjid-masjd suci ini? haa.. especially madinah! godaan ini khas untuk wanita ya, penuh beraneka jualan kat situ! jaga-jaga~)
dua-dua pemandangan dari bilik aku, Masjid Nabawi :'(
itu antara preparation la yang aku ingat setakat ni. kalau ada tertinggal bagitau ya.
so sampai disana kami naik bas menuju ke tempat penginapan kami. jarak hotel kami 250 meter dengan masjid Nabawi. dekat sangat and rugi tak habiskan sepenuh masa anda dengan baik di Masjid Nabawi itu.
suasana perkarangan Masjid Nabawi
oh jangan lupa ya, duduk madinah orang dia baik sangat dan lembut. tapi mekah jaga ye, diorang agak kasaq hang tau dak! ok cerita mekah kemudian, lain chapter okay.
alhamdulillah dah check in bilik, (1 bilik 3 orang) kami terus solat zuhur berjemaah dekat masjid Nabawi. ya Allah, first time menapak kaki kat Masjid Nabawi..dalam hati bisik, Rasulullah dekat mana?. soalan itu bermain di mindaku..cewah. yela hang sampai madinah takkan nak tanya tempat makan nasi arab mana yang best? betui tak betui hang ni, jangan islam kat ic tau. huhu.
menara masjid Nabi
and then sangat kecewa sedikit sebab masa untuk ziarah makam Rasulullah dan sahabat serta Raudhah ada masa-masa tertentu bagi wanita. lelaki ANYTIME okay! korang laki pergi sana tiap-tiap malam pergi berkampung dekat Raudhah tu..mustajab sangat doa dan tenang je rasa dekat dengan makam Rasulullah.. hemm..sedih.. :'(
okay, masa perempuan pula nak masuk ziarah makam Rasulullah dan Raudhah ialah lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isya' SAHAJA. ini kerana berlaku beberapa kejadian membabitkan wanita ekoran ada bid'ah2 dan juga kecurian sebelum ini. (tiba-tiba jadi berita kan. hehe)
pintu gerbang masuk masjid Nabi.
so, alhamdulillah aku dan mak aku melawat masa lepas zuhur first time nak pergi juga ziarah tak kira apa pun rintangan melanda! ramai macam mana pun wanita nak ziarah masa tu, kami nekad kuat nak masuk. dan sampai je turn malaysia boleh melawat masuk, jejak kaki tu mata melilau mencari makam Rasulullah.. mana ni mana,, mak dah mula menitis air mata, aku pun terhidu bau yang sangat harum..lebih harun dari kasturi..
indah bau itu tidak dapat aku lupakan..sungguh terpesona. akhirnya aku pandang dari mana bau wangi itu datang. dari arah kiri ku, makam Rasulullah rupanya! subhanallah.. mengalir laju air mata macam sungai.. dan kebetulan pula atas karpet hijau (karpet hijau adalah menandakan itu kawasan Raudhah, manakala karpet merah yang lain dalam masjid Nabawi adalah kawasan biasa)
ya Allah tak tahula gembira masa tu nak gambarkan macam mana. rasa tak nak berganjak nak tidur makan beribadat je kat situ..
usai ziarah, mata mak aku merah sungguh, kami 2 beranak diam sampai hotel. seronok kat hati ni Allah je tahu..belum jumpa depan-depan Kekasih Allah, bau makan baginda sahaja dah harum. Allah..
itulah hari pertama sekaligus hari kedua aku kat sana. :')
to be continue,
terima kasih sudi baca entri ini.
wslkm~
1 comment:
Jom lawati website kami. Kami merupakan freelancer tour guide di Korea.Dapatkah harga srendah RM1500
http://lurimatravel.com
Post a Comment