Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat peribumi negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban (kira macam ritual la ni) dalam suatu tempoh untuk "penunggu" yang kononnya ditugaskan menjaga kepentingan mereka di Sungai Nil.
Kononnya juga dengan cara itu mereka akan mendapat kerberkatan rezeki.
Mereka juga percaya bahawa "ibadah" korban menggunakan anak dara adalah paling elok dipilih dalam kalangan mereka itu penting, supaya penunggu tersebut tidak murka kepada mereka.
Apabila 'Amru bin al-'Ash r.a. menjadi pemimpin disitu, beliau telah berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut atas dasar prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Secara kebetulan berlaku kemarau. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang masih mempercayai perkara karut itu memohon untuk mengadakan semula upacara tersebut, bagi mengelakkan keadaan kemarau yang lebih teruk.
'Amru bin al-'Ash segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah. Baginda memuji tindakan dan usaha gabenornya menghentikan amalan khurafat itu malah melaporkan segera kepada khalifah.
Lalu Saidina Umar segera menghantar surat maklum balas bersama sepucuk surat lain dan meminta 'Amru supaya mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil. Sejurus 'Amru menerima surat daripada Saidina Umar, beliau mendapati ada bersamanya surat lain, yang alamatnya "Buat Sungai Nil".
Isi kandungannya berbunyi:
Daripada hamba Allah, Amirul Mukminin Umar kepada Nil Mesir. Jika engkau mengalirkan kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi, tetapi jika Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa yang mengalirkanmu maka kami memohon kepada Allah Maha Esa lagi Maha Gagah Perkasa agar mengalirkanmu semula!
Dengan karamah Saidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan yang syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya.
Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Saidina Umar al-Khattab r.a.
Semoga kisah ini dapat memberi lebih banyak pengajaran dan hikmah seperti,
Manusia yang beribadah dengan taat dan ikhlas kepada Allah akan dikurniakan kelebihan yang dinamakan karamah seperti yang dikurniakan kepada Saidina Umar al-Khattab r.a.
dan juga
Pemimpin negara mestilah sedaya upaya membentuk sebuah negara yang diredhai oleh Allah SWT dengan membasmi segala kemungkaran.
moga diberi pengajaran kepada kita semua umat islam akhir zaman ini. wallahu'aklam.
sumber rujukan : "Benar Tapi Pelik" oleh Ustaz Zahazan Mohamed
kisah ini juga berdasarkan rujukan : Tafsir al-Qurtubiy dan Hasyiat ash-Shawiy'ala al-Jalalain, tafsirnya ayat 57-58 surah Asy-Syura'. Cerita lanjut seperti ini juga boleh diperolehi daripada 101 Kisah Dan Pengajaran Daripada Al-Quranm Hadis dan Hayatus Sahabah, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.
Terima kasih sudi baca entri ini
wslkm~
4 comments:
nice sharing. slm kenal :)
thanks kak :D salam knl juga ~
perkongsian yang bagus..
thankz for sharing
Assalamualaikum awak. salam perkenalan. thanks sharing. suka baca entri camni :)
Post a Comment