Assalamualaikum Hi!
jom sambung-sambung! wah wah wah. pack betul hari ketiga ni. tapi takpe best jalan-jalan camni even penat lelah semput sempit pun. adventure gitu. hoho. lepas pergi masjid utama, kita semua bergerak ke Namsan Seoul Tower pula.
ni lagi satu.. tak boleh tinggi lagi ke menara Namsan ni. mengalahkan menara pencakar langit kita menara KL pula nak panjat bukit ke menara Namsan ni. nasib baik naik bas and ada pemandangan musim bunga yang cantik pretty beautiful gitu. uuuu~
oh? jumpa husband to be I punya paper doll kat depan kedai music dekat bandar Incheon. banyak juga la snap gambo dengan dia ni. yela nak jumpa gila miracle kalau jumpa dedepan. jumpa paper doll pun dah lucky. kah3
oh maaf gambo bunga crack disini takdo bunga tapi nak bagitau masa panjat bukit Namsan ni uolss boleh tengok pemandangan macam ni diluar jendela bas anda atau jika anda bernasib baik anda akan jumpa bunga warna-warni putih, pink, purple, kuning semua ada. boleh menikmati pemandangan secara percuma tanpa berbayar ok. ahah.
bergaya gitu. kah3~ ok sediakan baldi~
okay dah sampai ke tempat perhentian bas. baru perhentian bas..belum sampai ke menara Namsan. perjalanan memanjat masih lagi diperlukan.
hah kita dah sampai atas tu. makan masa 3 minit bila anda mendaki dari perhentian bas kat bawah tadi tanpa bercakap dengan rakan anda ataupun snap-snap gambo dikiri kanan anda. 3 minit ye jika anda tidak lakukan semua perkara tadi. hahaha.
oh masih kurang bernasib baik bunga belum mekar lagi. tapi takpe, yang penting dah jejak kaki dekat Namsan ni. alhamdulillah~ :3
hahaha, budak malaysia eksaited habis dalam gambar ni. haha. ah! apappun nak naik menara Namsan!! excited gitu holding those Namsan tower ticket. haha. kalau lagi tinggi kan best. hah. Promise Our LOVE! haha
dah sampai kat atas! oh ye ye ye~ masa nak naik menara Namsan, nanti dia ada snap gambar tau sebelum diorang lepaskan anda naik lif. gambar ada 2 keping siap ada frame comel lagi (nanti last chapter korea iolss upload) bernilai 13,000 won sahaja. and plus masa uolss naik lif nanti ada video grafik bapak ohsem gila dalam tu. staff tu akan suruh anda pandang atas. ;)
ini teddy bear museum. ada dua museum. satu dekat sebelah jual ticket Namsan tower. satu kat bawah menara Namsan. berbayor ye. no free of charge. hoho. eh eh eh! budak tu interframe. abaikan -_-
eh? gwangsoo laa~ maaf la tak jumpa paper doll gwangsoo. jumpa mascot dia je. HAHA
oh husband to be number 2. banyak pula husband to be nya. HAHA. duta menara Namsan (kot). boleh la ambil gambo dengan Jang Geun Suk. dia ni macam-macam syarikat jadi model. yelaaa muka jambu. hoo~
kita dah turun dari menara so singgah tempat Pad Locks kat tepi menara ni. banyaaaaaaaaaak gila Pad Locks. diorang buat ni kira macam kunci cinta diorang la. aawwww so sweeeeet~ haha.
Namsan Seoul Tower benchmark kat situ. boleh-boleh ambil gambo logo menara ni. cari dekat kawasan terbuka ye pasti jumpa. hihi
view from bus stop. masa ni dah petang dan berkabus sebab bila nak masuk malam suhu mencecah 6 darjah celcius akan tiba. wahaha banyak turun itu suhu..
okaay uolss, sudah habis itu cerita Namsan Seoul Tower. best tak best bagi kami best sebab dapat juga la jejak kaki ke trademark South Korea ni. opsss. gambo telah di-interframe oleh kak dila dan kak diana kat tepi tu. comel kan diorang? boleh la cari mereka di FB. selamat mencari. haha.
next to Myeongdong Night Market.
2 comments:
best nyer ^_^ paperdoll pon jadi lah asal kan ada muka kan heheh
sumpah jumpa paperdoll menggelupur suka tau~ jumpe org betul pengsan la. haha :3
Post a Comment