7 May 2013

Korea - Day 2 to Naminara Island

Assalamualaikum Hi!

haa..dah masuk chapter 2 uols. alang-alang cerita korea, nak jugak lah letak lagu korea. nanti dah habis cerita pasal travel korea delete lah. ha gitu~ benda nak cerita banyak nye pun adui tapi bila nak taip ni terus..krikk..krikk..krikk.. hoho. banyak sangat la tu. adui. astaghfirullahal'azim. ok ok hari kedua dekat sana kemain lagi gambo meriah tapi maaf la awal2 minta ye model tak lawo. haha. ok then, keluar dari rumah tamu dalam jam 7.30-8.00 pagi gitu. beza jam diorang dengan malaysia ni sejam sahaja. 

so ini gambar depan guest house. mostly kedai tutup sebab baru jam 8 pagi.

masa ni sejuk tahap tanak balik malaysia. haha. ok gurau. tapi memang sejuk pun cuacanya. gila nak bengkokkan jari kaku ok..so negara diorang ni dalam department store ke kedai ke and rumah WAJIB ada heater. guest house kitorang duduk bawah lantai ada heater. sebab tu rumah korea overall semua pakai lantai jenis kayu tu. bila pasang heater ibarat kita la kat malaysia panas pasang air-cond. hah. dapat bayangkan tak? tak dapat? ok bai. haha


with mummy kita! <3 and jangan tanya kenapa mata kita masing-masing layu. haha.


so, ini gedik bergambar dengan mama and geng-geng kami sambil tunggu subway yang sangat PUNCTUAL and siap ada lagu la bila train nak sampai tak macam malaysia. *sedih* 



tengok apa diorang buat. antara 4 sahaja option. tak main game kat handphond.. tidur.. haha 


hah. ada yang membaca, berangan and sembang2..

gambar depan Lotte World department store. *Running Man!*

so kita da sampai dimana kami semua kena tunggu bas yang khas bawa penumpangnya ke pulau Nami. hoho. kitorang sampai awal la pulak uols..so ada yang makan bekalan yang backpakers ni bawa, ada yang ambil gambar (aku la tu), ada yang jalan-jalan tengok kawasan kat situ and etc.


bergambar bersama orang terbang kat belakang tu. nampak tak? ok takyah tengok jauh-jauh. ni bergambar dengan bas punya timetable sebenarnya. haha.


inilah dia Lotte World yang baru cakap kat atas tadi. tempat Running Man shooting tu. haha. dia lebih kurang macam Time Squares. ada shopping mall, ada Taman Tema besar gila macam Genting Highlands. tapi kebanyakannya budak2 bawah umur la main. hoho. 


hah. inilah dia taukeh Jom Backpakers Travel. memperkenalkan abang Halim Devotees penyanyi nasyid tersohor tu. haha. boleh lah lawat blog dia kalau nak pergi ke korea dengan harga yang sangat murah bajetnya. and for information sila layari link dibawah.

klik here Blog Abang Halim Devotees :) 


haa weolss da sampai ke tempat nak naik ferri ke Pulau Nami. eh tapi nak cakap sebenarnya kedai ni cute. maaf model pulak sebaliknya. haha. 


gate masuk ke ferri Pulau Naminara!


 tiket Ferri Pulau Naminara. wait! kenapa ada cone kat tepi tu? -_-


sorry la anda-anda tak dapek den nak ambil gambo ferri yang comel ni. bentuk 'CAP' ok ferri ni. comel sangaaaaatt. unik.

alhamdulillah yeah. kami da sampai da hah Pulau Nami ni a.k.a. pulau Winter Sonata berlakon. hihok 

macam-macam la ada kat pulau Nami ni. ada kafe, ada surau! tapi campur dengan laki. huhu. and ada sewa basikal couple, basikal single and kereta macam basikal tapi family version la yang naik 4 orang tu and kedai souvenir of course ado..dan semestinya pemandangan yang indah sekali Allah cipta seharusnya anda nikmati bila sampai pulau Nami! :D


nampak tak terhegeh-hegeh kat situ, eksaited tahap nak duduk korea jumpa bunga sakura-kura! hahaha


assalamualaikum from korea uolss. dah macam nak terbitkan rancangan. haha. ok poyo.


yeay ada bulan kat korea. uolss ado? haha.  


ada belon kat atas tu. comel je diorang ni susun. tak meleTOP pulak tu. eh, aku salah eja ke meletop tu? HAHA. ok perli ye.. 


ok perhatian ye, semua gambar yang telah dan akan dimuat naikkan dalam blog ni 99% no edit. ok nampak tak muka i yang 'putih' tu. oh tolonglah tak jadi nak jadi orang ke-3. haha.

 nampak tak tangan dah ada pegang something?

 kat tangan tu sebenarnya borong beli baju Pulau Nami kaler sweet pink of course, cap Pulau Nami untuk ayah kita, stokin colourful and pen burung unta. haha. merepek je beli tapi yang penting semua benda kat atas tu ada cop Pulau Naminara! muahaha.


jemput minum cappucino. love from Korea. awww sweet :3 kih kih kih... 


air laut yang jernih dan titi yang sangat tebal dan keras kayunya. rasa terbelah tapak kaki pijak. maklumla pakai sandal je.  

 ni rumah/chalet untuk disewa di Pulau Naminara ni.

harga rumah sebuah da dekat beratus-ratus ribu WON convert ke malaysia beratus-ratus RM ada juga la yang almost ribu RM. wah wah wah..memang kayo gilo siapa sewa. mintak nombor nak adjust. haha.


ni lah sebenarnya kerja part-time aku kat sana. nak balik Malaysia tadak duit..haha. hilang pasport pun takpe aku tak kisah jadi warganegara korea. ceh konon. haha.

hah ni lagi satu babysitter kerja part-time aku jugak. haha. ok semua lakonan semata-mata.  

first, budak-budak ni macam malu-malu. then cikgu diorang suruh bergambar  je dengan kita semua berkerumun join bergambar. cikgu diorang pun ambil gambo iolss juga okkk. alaa bajetnyaaaa mira! perasan tak sudah. haha. tapi betul la cikgu diorang suh bergambo dengan kita-kita tau.. sporting budak-budak ni. dok "eonni eonni" dengan kitorang. haha

haaa~ inila basikal couple yang telah disewa oleh mama. 

basikal couple ni kalau sewa setengah jam = 6000 won. kalau basikal yang single yang biasa je tu sewa setengah jam = 3000 won. so not bad la sebab nak kasi puas hati..pulau dah habis ronda semua so naik basikal la pulak. hoho. 

 kimchi dia sedap dan halal pulak tu. wah meriah. 

ada macam-macam atas tu. cendawan, ayam, salad, pastu ada lobak cam jeruk rasa manis-manis sikit, bawang putih, sos diorang buat and weolss ada order nasi jagung diorang buat jugak. sedap tapi banyak kanji. makan sikit da kenyang macam makan nasi malaysia 2 pinggan. wah hiperbola disitu ye. kah kah kah.

pandai mak den ambil gambo dengan ahjumma ni.

yang ahjumma ni asal kitorang habiskan cepat-cepat dia pergi ambil tambah yang baru, dahla kitorang nak kejar masa bas nak jalan balik dah. haha. tapi service, layanan, makanan di kedai yang satu-satunya halal dekat situ semuanya OK. ;)

mata wang korea selatan ye bukan korea utara yang komunis itu... don't misunderstanding ye. hoho.

ok, habis dah chapter 2 travel ke korea. oh lagi satu lupa! ada flying fox dekat situ. best rugi siapa tak naik. iolsss rugi kot tak naik sebab pakai skirt. spoil betul! (menyesal tak henti) harga untuk one ride 30,000 won kalau tak salah. naik dari seberang sampaila landing atas pulau nami. best best best! 
so itu antara gambo-gambo second day perjalanan ke pulau nami.

terima kasih sudi baca entri ini!
wasalam
;)

2 comments:

Lieya Von Jay said...

best nyer! part hilang paspot tu memang bes! akak pon rela kalo ilang paspot kalo dok kat korea. pulun ja xnak balik mesia kan hehehhe

Miyaa said...

kan! over tau smpi passport hilang~ hihihi btw, korea canggih lah. suka tau! :3