Assalamu'alaykum hi :D
eh korang tak baca entri ni pun tidak mengapa..sebab korang baca tajuk pun dah boleh expect apa isi kandungannya. HAHA. yelah..kehidupan di universiti bukan mudah. and for sure la ada yang akan cakap, 'bukan senang ke? takde rules pakai baju formal macam budak sekolah and belajar pun suka hati bila nak belajar, belajar sendiri pun boleh' -_-
serius la den cakap kek ekau yang koba aceni, stress tau tak kalau belajar saja sepanjang hari. macam takdak life. well, certain orang cakap ok saja. yelah untuk yang kurang pandai seperti saya ni perlukan beberapa masa untuk belajar dan masa yang selebihnya untuk solat, mengaji, online, main game and bla bla bla..yelah siapala sukakan buat benda yang sama tak henti-henti 24 hours..kalau ibadah fardhu lain cerita. HIHI
bagi pendapat den kalau boring otak den ni kadang-kadang terasa nak buat benda pelik bin ajaib pula tiba-tiba. *agaknya dah sewel buat benda sama setiap hari kot? HAHA ;p tapi macam tak jumpa nak buat apa. *pelik tu biarlah tidak melanggar suruhan agama islam kita ek* dahla den ni tak boleh fokus terlalu lama pada sesuatu perkara doktor kata. kesian kan. apa boleh buat..nasib badan..biasalah, orang fokus ni selalunya cemerlang *muntah..err~* HAHA
*nampak tak buku tu tak buka? HAHA*
anyways! semester ni banyak cuti kot, and macam biasa lah student U kalau balik rumah tidurlah memanjang dari buat apa-apa pun. sebab yelah subjek semster ni 3 jeh! *hidung tinggi sikit* ish..disebabkan subjek yang sikitlah den membazir masa saja kerja den ni. -_- ok jangan tiru aksi ini dirumah adik-adik! menghadap subjek-subjek tersayang ni membuatkan den terfikir, boleh nak kasi 4 flat terus ni. *ameen~* yelah, orang satu semester, dalam 6 subjek and plus plus. belajar kena struggle bagi yang kurang *macam den* HAHA.
*kali ni buku dah dibuka. HAHA*
and lumrah anak adam makin besar makin nak bebas. nak-nak pula yang jadi student universiti, poli, kolej dan seangkatan dengannya. biasalah anak-anak muda nak kebebasan kan..semua benda nak bebas.. tapi den punye bebas takdola bebas sosial bagai macam ragam manusia sekarang ni. nak contoh terdekat ragam manusia sekarang ini, cukuplah tengok negara sendiri ni hah, Malaysia. anak zina dalam setahun dah mencapai ribuan anak luar nikah! kesian kat baby yang tidak bersalah itu. :(
aduhai..sadis rasanya! tapi anak tu nanti akan tuntut dengan "mak ayah" dia yang da bertanggungjawab melahirkan dia tapi dibuang merata-rata dekat Padang Mahsyar, depan hakim yang Maha Adil, Allah S.W.T... hem jadinya, memanglah kita sama-sama bebas dapat negara aman damai bersyukur jangan sampai buat perkara yang Allah murka. tidak baik untuk kesihatan dan ke-sosialan. *eh, den bukan mencarut tadi!*
*ok kali ni memang dah tak nampak apa yang dibuka sebab blank*
O.K. lah sampai disini saja yang dimengarutkan...lenkali mengarut lagi bila stress belajaq! pesanan buat adiknda2 yang masik di skool lagi, bila dah habis sekolah nanti adik akan tahu dunia luar sebenar and bila dah mula berkerja lagi lah jumpa macam-macam manusia..
so, kita memang bebas sebenarnya *alhamdulillah*, tapi islam tidak membebaskan kita untuk semua perkara. ada perkara perlu dan wajib dilaksanakan seperti tutup aurat, jauhi zina, hormat ibubapa cikgu dan orang yang lebih tua dari kita and so on. jangan ingat anda dah besar anda boleh dan bebas lakukan apa sahaja. den ingatkan lagi Allah is watching you everywhere! watch out!
so, kita memang bebas sebenarnya *alhamdulillah*, tapi islam tidak membebaskan kita untuk semua perkara. ada perkara perlu dan wajib dilaksanakan seperti tutup aurat, jauhi zina, hormat ibubapa cikgu dan orang yang lebih tua dari kita and so on. jangan ingat anda dah besar anda boleh dan bebas lakukan apa sahaja. den ingatkan lagi Allah is watching you everywhere! watch out!
so akhir kata, trimas sudi baca entri mengarut kali ini dan jaga hati jaga iman!
wassalam~
;)
No comments:
Post a Comment