6 January 2013

Ibadah Pintar Gaya Rasulullah (Part 1)

Assalamu'alaykum Hi :D

Di suatu pagi yang hening, sedang keseorangan didalam bilik di kampus, ingat nak study la untuk Quiz lecture nak bagi minggu ni atau pendek kata esok la dia nak bagi. tak dan nak bukak buku terus bukak muka buku! teruk benor perangai den, adik-adik jangan tiru aksi ini dirumah. HAHA. 


*galek study macam kucing ni tengok iPad baguih gak no. HAHA*

ok, saje introduction muqadimah gitu..padahal sebenarnya nak share ilmu tentang antara-antara Ibadah Pintar Gaya Nabi kita. Ok la ok, jangan membazir masa baca introduction double senget tadi, HAHA. jom teruskan baca info di bawah ini :

Kesihatan manusia bertambah baik, wajahnya berseri-seri dan tampak muda apabila dia melakukan perkara-perkara seperti berikut : Berwudhu' dengan baik, melaksanakan sunat-sunat wudhu',berwudhu' sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi kita dan kemudian bersolat dengan sikap sempurna serta hati yang hudhur.

Dalam satu kajian Prof. Dr. Syahathah dari fakulti perubatan, Universiti of Alexandria mengesahkan istinsyaq atau menghirup air melalui hidung semasa berwudhu' dapat membersihkanhidung daripada kuman. Istinthar atau mengeluarkan air daripada hidung pula dapat mengurangkan risiko jangkita kuman. Maka semasa berwudhu', lakukanlah istinsyaq dan istinthar

Cara yang betul untuk istinsyaq adalah dengan menyedut air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana ye, *jangan tarik macam selsema pulak, hehe* dan kemudian istinthar dengan hembusan yang kuat. Lakukan kedua-duanya secara rutin setiap kali saudara berwudhu'. In shaa Allah, jumlah kuman didalam hidung kalian akan menurun dengan signifikan.


Haa..tahukah anda? 
Kajian Prof. Dr. Syahathah juga menunjukkan wudhu' yang dilakukan dengan betul dapat mencegah 17 JENIS PENYAKIT SERIUS! antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinusitis yang meningkat akhir-akhir ini. *boleh google ye ape itu Sinusitis* radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk - batuk dan penyakit berkaitan paru-paru serta penyakit mental!



Okeh, sekarang anda dah tahu serba sedikit kebaikan berwudhu' dengan cara betul yang Nabi dah ajar. so, lepas ini jangan ambil wudhu' macam ribut! HAHA. ambil wudhu' tu bagi ikhlas hati sapu celah2 jari tangan dan kaki itu betul..ambil wudhu' macam ribut nak pergi mana? bukannya tempat solat penuh pun. wudhu' tidak betul apatah lagi solat Allah nak terima ke?

haa..silalah terasa dan jom muhasabah diri bersama, jangan abaikan perkara penting ini, bila sakit barulah nak buat semua benda dengan betul barulah nak solat lama-lama doa panjang-panjang baru nak cari Allah! bila sihat semua benda kelam-kabut sampai nak ingat Allah pun payoh benor ye adik. HIHI..

at last, terima kasih sudi baca entri ini boleh share dengan kawan-kawan. ilmu dikongsi jangan buat macam hak sendiri ok?! HEHE
 wassalam!
:)

No comments: