Assalamu'alaykum Hi! :)
alhamdulillah, sekali lagi entri ber-ilmiah yang ingin dikongsi. Yes by noticing my topic it's about sirah and you have to read it kenapa anda perlu tahu kelebihan menghayati dan mempelajari sirah-sirah nabi supaya anda tidak baca sirah nabi sekadar KOSONG sahaja! orang kata tak kenal maka tak cinta..tak gitu? ;)
well, here is it manfaat mempelajari sirah nabi :-
1. Beriman kepada rasul - hayati sirah nabi kerana kajian sirah melengkapkan kefahaman kita tentang akidah. Beriman kepada rasul menuntut supaya kita lebih memahami maklumat-maklumat diri Baginda S.A.W. Melalui sirah kita dapat menemui dalil-dalil mukjizat yang Allah kurniakan kepada Rasulullah agar dapat menguatkan dan menambahkan iman kita~
2. Role Model - Dengan menghayati sirah, kita dapat menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dan teladan paling utama dalam setiap aspek kehidupan tanpa rasa ragu-ragu dan syak wasangka. Kalau manusia mencari seseorang yang boleh jadi role model lengkap dalam setiap aspek kehidupan kita, mereka tidak akan menjumpainya melainkan ia wujud dalam diri Nabi Muhammad S.A.W.
Allah telah menyifatkan Baginda sebagai qudwah hasanah (contoh teladan) bagi seluruh umat manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik."
3. Faham al-Quran dan Hadis - Penghayatan sirah Nabi memudahkan kita memahami dan menghayati kandungan kitab suci al-Quran kerana didalamnya banyak menceritakan kejadian dan peristiwa yang telah dialami oleh Rasulullah. :'(
Banyak ayat al-Quran dan hadis mampu ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa tersebut untuk dijadikan dalil yang konkrit untuk hukum-hukum islam dalam menetapkan pelbagai aspek kehidupan.
Malah ia tidak terkeluar daripada batasan kemanusiaan dan tidak bercampur dengan cerita dongeng yang direka-reka.
4. Hukum-Hakam - Banyak maklumat yang tepat berkaitan pengetahuan islam yang meliputi setiap aspek berkaitan akidah, hukum-hakam, akhlak dan sebagainya dapat dikumpulkan. Ini kerana ia sejarah yang paling besar dan sahih, tanpa sedikit pun keraguan padanya berbanding sejarah nabi-nabi yang pernah diutus yang dicemari oleh unsur isra'iliyat dan penyelewengan fakta oleh musuh islam.
5. Tanda Cinta - Mempelajari sirah Nabi amat penting sebagai bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah. Semakin banyak bukti dan tanda tersebut, maka semakin tinggi dan sempurna kecintaanseseorang kepada Rasulullah.
Rasa cinta dibuktikan dengan mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda. Selain itu, ucapkanlah selawat dan salam kepada Baginda, berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengannya walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.
Source From : Majalah Gen-Q, isu 15. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd.
dan akhirnya..apa reaksi anda? tepuklah dada tanya iman..minat perkara yang tidak berkaitan dengan islam pun minat lah juga tapi jangan sampai bekalan akhirat bersama Baginda, hanyalah kosong~ Rasulullah nak masuk syurga bersama kita semua umatnya, kalau ramai masuk neraka sedih baginda tunggu depan pintu syurga nak masuk bersama-sama kita..tak kasihan ke? :'(
dahla anda semua..saya tak mahu emosi lebih-lebih..anda boleh fikir sendiri kalau dunia anda macam sekarang ni, akhirat macam mana anda kat dunia. kejar dunia, akhirat ditinggalkan. Allahu robbi..
renungkan.
terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam ~
;)
2 comments:
ya, Rasualullah sebaik-baik contoh. jangan selak korea sangat la ;p
in shaa Allah. terima kasih hamba Allah komen.. sy pun dlm proses berubah. bukan semua sempurna. :)
Post a Comment