Assalamualaikum Hi
malam ni, nak berkongsi sedikit cerita dari kisah zaman-zaman ulama' terdahulu. mungkin ada yang tertarik dan mungkin sebaliknya. hehe. apapun, jom kita singkap kisah ini :
Membela orang yang dicintai adalah suatu tindakan yang mulia. Namun, membela musuh yang sedang dizalimi adalah jauh lebih mulia. Sikap cerminan hati yang mampu menundukkan nafsunya kepada hukum Allah S.W.T.
Sebuah kisah benar yang berlaku di Mesir sejak masa dahulu, membabitkan 2 tokoh ulama di kota tersebut berkait rapat dengan tajuk kita kali ini. Ulama tersebut ialah Ibnu Daqiq al-'Ied dan Ibnu binti al-A'az. Oleh sebab-sebab tertentu, hubungan kedua-duanya diwarnai dengan kebencian dan konflik yang cukup panas.
Pada suatu hari, Ibnu binti al-A'az melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafi oleh Sultan dan Wazir. Lalu mereka berpakat untuk menghukum mati ulama ini dengan menciptakan tuduhan palsu bahwa ia telah murtad.
Tuduhan itu dituliskan pada selembar surat yang diedarkan kepada setiap tokoh besar di Mesir. Seorang demi seorang menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju atas kandungan surat tersebut.
Ibnu Daqiq al-'Ied menjadi tokoh yang terakhir yang akan menerima surat tersebut. Jika beliau turut bersetuju, maka Ibnu al-A'az yang selama ini memusuhinya tidak akan selamat daripada hukuman mati.
Apabila menerima surat itu, Ibnu Daqiq al-'Ied membaca isinya dengan teliti. Beliau mengambil masa yang cukup lama untuk memahami apa yang tertulis didalamnya. Semua tokoh yang hadir menggesanya untuk segera menandatangani surat tersebut. Namun, beliau tidak mengendahkan mereka, melah meneruskan bacaanya dengan penuh khusyuk.
Setelah selesai membaca, Ibnu Daqiq al'Ied mengangkat kepalanya dan berkata,"Tidak halal bagiku menandatangani surat ini."
Kata-kata ini sangat mengejutkan. Semua orang tidak menyangka sikap ini yang akan ditampilkan Ibnu Daqiq al-'Ied terhadap orang yang membeci dan memusuhinya. Mereka menyangka Ibnu Daqiq al-'Ied akan menggunakan kesempatan ini untuk menyingkarkan orang tersebut selama-lamanya.
Lalu seorang merayu kepadnya dengan berkata,"Tuan, lakukanlah demi Paduka Sultan dan Wazir." Apabila mendengarkan kata-kata itu, Ibnu Daqiq al-'Ied menjadi sangat marah. Beliau berkata,"Aku tidak akan ikut serta membunuh seorang Muslim!"
Sikap tegas ini menggagalkan konspirasi jahat tersebut sekaligus meninggikan nama Ibnu Daqiq al-'Ied dimata umat islam hingga kini.
hebat kan orang dahulu? benci macam mana pun hukum Allah tetap nombor 1. kita sekarang nak maafkan orang pun susah. macam dia buat dosa besar sangat dengan kita.
apapun jadikanlah amalan kita maafkan semua orang yang kita kenali dan tidak kenal sebelum tidur. siapa tahu itu mungkin tidur terakhir kita? mati dalam keadaan membenci orang.. anda suka mati dalam keadaan dalam hati ini ada tak suka orang tu, tak puas hati dan sebagainya?
na'uzubillah..dendam dan benci ada batasnya. Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung, Tuahn alam semesta yang hidup kekal selamanya jua Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. inikan kita hamba sahaya sahaja. Allah~ malu.
petikan kisah ini daripada buku, "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia"
petikan kisah ini daripada buku, "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia"
sekian cerita dari saya malam ini! hee
terima kasih sudi baca entri ini!
wassalam~
;)
No comments:
Post a Comment