Assalamualaikum and Hi!
hari ni saya nak bercerita sikit disebabkan ada masa sikit untuk merehatkan minda, nak lunch Puasa pula jadinya before nak sambung mengaji nanti iolsss blogging lah kejap!
haha. blogging sambil berzikir tau! usah bazirkan setiap detik anda bersama Ramadhan! :)
jadinya post ini berkaitan dengan kucing saya. berikut biodata teman hidup saya, cewah! teman hidup lah sangat. haha
Nama Betui : Qad Etherbet Einzbern
Nama Gedik : Qad/Kod
Baka : Maine Coon
B.O.D : 16 Mei 2012 (Hari Guru okayy)
tentedenggggg~
kucing iolss lah ni, tapi masa ni baru 3 bulan. besar? memang pun masa ni berat dah 3 kg. sekarang umur dah setahun lebih pun berat nak mencapai 5 kg sudah.
kucing iolss lah ni, tapi masa ni baru 3 bulan. besar? memang pun masa ni berat dah 3 kg. sekarang umur dah setahun lebih pun berat nak mencapai 5 kg sudah.
perangai dia ni antara yang sangat obviously ialah, suka gigit orang, tak boleh kena marah nanti merajuk berkurung diri sekor2 (suka hati dia nak pergi mana nak bersendiri. haha), manja yang sangat over (anak mak, mak dia paling sayang kat dia ni la), cerewet bab makan,
suka makan makanan yang sihat (tak makan makanan yang murah dan yang tak sihat), hebat dalam menangkap lalat! (pantang nampak lalat, terus tangkap dengan tangan dia pastu makan! wahaha), kuat minum air dannnn pantang nampak dan bunyi plastik (feveret dia kot plastik-plastik ni).
si qad ni demand sikit kucingnya akhir kata. haha. so, bela lah kucing kampung kalau nak jimat duit..tapi nak bela haiwan peliharaan ni orang kata biarlah mampu dan berkemampuan. mampu dengan berkemampuan tu bukan sama ke?
tak~ bagi iolsss lain, mampu dari segi meberi dia makan minum tempat tinggal. berkemampuan pula bagi kasih sayang, main dengan dia and so on la yang berkaitan dengan itu. (ayat reka sendiri kot.. haha)
*auww~~~~~~*
*chak!!*
oleh kerana kami satu kerabat sayang sama dia, jadi dia buat perangai tahap minta kaki tanan mulut semua pun kami tak jual and tak bagi orang, semua sayang dia kot (including nenek mak cik- mak cik iolsss semua la) hah! maintenance dia sekor je tinggi nah. hamboih~
apa-apa pun sayangilah haiwan ye~ kucing juga antara haiwan kesayangan Rasulullah :)
p/s : gambar adalah ketika beliau berumur 5-6 bulan. (beliau lah sangat)
terima kasih sudi baca entri ini!
wslkm~
;)
No comments:
Post a Comment