12 May 2013

Keinginan atau Keperluan ?

Assalamualaikum Hi!

okay, stop kejap kasi rest itu cerita korea lepas entri ini akan to be continue balik. hee~ jadinya, berdasarkan topik perbualan kita kali ini ialah berkenaan dengan keinginan atau keperluan? heemm.. pernah tak rasa nak beli benda tu, tapi tak penting pun sebenarnya just macam,"eee nak lah.." , "eeee bestnye kalau dapat ni.." and so on. tipulah kalau uolss cakap TAK kan. ahah~ so here some story for you, read this :


Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab az-Zuhd bahawa suatu hari, Umar bin al-Khattab berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba, beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya,"Mengapakah ada daging disini?" Abdullah menjawab,"Aku teringin hendak makan daging, jadi aku membelinya."

Umar berkata,"Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu, lalu ia memakannya."



Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama, suatu hari Umarberjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Beliau lalu bertanya,"Apakah yang engkau bawa itu wahai Jabir?"

Jabir menjawab,"Ini daging. Aku membelinya sebab ingin makan daging. Sekali lagi Umar berkata,"Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?"


mesti macam tak nampak lagi kan? dalam kisah ini beliau mengajar kita untuk tidak menjadikan keinginan sebagai asas konsumsi, akan tetapi ia mestilah berlandaskan keperluan. Umar bin al-Khattab digelari al-Faruq, iaitu orang yang sangat pandai memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan secara teliti. Ucapan beliau kali ini sangat tepat untuk dijadikan sebagai panduan hidup moden.


* yang telah di-highlightkan sila TAKE NOTE :) *
-kisah ini dipetik daripada buku "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia".

terima kasih sudi baca entri ini.
wassalam~
;)

No comments: